Tuesday, April 14, 2009

AdAkAh InI nAmA nyEr cIntA???



Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di dada? Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?

Itu bukan Cinta, itu NAFSU.


Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN


Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya?

Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.


Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.


Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.


Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi... Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarik kita mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?

Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?

Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.


Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.



p/s: pic d ats xde kene mengena ngan entry nie..haha..hanya sbgai hiasan...

3 comments:

  1. sepatu merah jambuApril 14, 2009 at 4:28 PM

    nape org bcinte slalu mraba, ye dr lep?

    ReplyDelete
  2. to sepatu merah jambu:
    sebab cinta itu buta..hahaha..
    solan bocor n tk meencabar minda pun..
    huhu

    ReplyDelete