Wednesday, June 24, 2009

Latihan Industri

Selama 3 tahun berada di UMP pernahkah anda tertanya2 apakah keistimewaan UMP?

Antara kelebihan UMP yang menjadi tarikan kepada pihak industri ialah:

  • Latihan Industri diadakan pada semester terakhir
  • Latihan Industri selama 6 bulan

Dua perkara ini sangat menarik perhatian industri untuk mengambil pelajar-pelajar UMP bekerja..

Apakah significance perkara di atas?

  • Pihak industri boleh terus mengambil pelajar bekerja setelah tempoh LI berakhir
  • Tempoh 2 @ 3 bulan sangat tidak digemari oleh industri kerana kita boleh berpura-pura dalam tempoh ini. Tetapi mampukah kita berpura-pura dalam tempoh 6 bulan? Sekiranya seseorang itu malas maka akan terserlahlah kemalasan mereka..

Maka sebagai pelajar yang bakal menjalani LI, kita harus bersyukur bahawa peluang kita lebih tinggi daripada pelajar2 universiti lain.

Namun, UMP sedang berusaha 'fight' dengan EAC untuk mengekalkan konsep LI yang kita sedang jalankan.

Semua maklumat diatas diperolehi semasa program ProMinds2 dan diharap dapat membantu rakan2 memahami mengapa pentingnya konsep LI yang UMP jalankan.

Antara berita hangat yang boleh dikongsi bersama UMP yang dahulunya berada di tangga ke-16 telah berjaya melonjakkan kedudukannya ke tangga ke-8 antara semua IPTA di Malaysia pada tahun 2009.

Ini adalah kejayaan semua warga UMP!!