Thursday, February 26, 2009

BoLa Jar|nG 3BKC 2009

Pada 21 & 22 Feb yang lepas, pasukan 3BKC telah berhempas pulas di gelanggang bola jaring. 

Senarai pemain:

C: Shud & Anis

WA: Belle

WD: Linda & Daus

GA: Nad

GS: Thira

GD: Dee

GK: Ain

Manager: Dayah

Penyokong: Khali, Arep, Dila, Naim dan rakan-rakan yang lain.

Pada jam 10 pagi, kami telah berkumpul di bangku tengah dan kemudian kami bergerak ke gelanggang dan setibanya kami disana, kami disambut oleh gelanggang yang tiada urusetia dan tiada tiang gol. Walaupun teragak-agak dengan keadaan persekitaran, kami tetap memulakan aktiviti memanaskan badan. Kemudian, kami tunggu perlawanan dimulakan, urusetia mula memunculkan diri dan kami terus menunggu sehingga jam 11 pagi. Kami diberitahu perlawanan akan dimulakan sebaik sahaja bib sampai dan kami terus menunggu. Kira-kira 20 minit selepas itu, bib masih belum tiba, akibat sudah tidak boleh menunggu, perlawanan diteruskan. 

Perlawanan pertama kami, Pasukan 3BKC menentang pasukan 2BKC dan perlawanan ini dimenangi oleh 3BKC. Kemudian, 3BKC menentang 4 BKC dan masih dimenangi oleh 3BKC. Maaflah tak boleh nak letak score sebab dah lupa, tapi game menentang 4 BKC memang best. Dua-dua pasukan memang giler la, rules tak yah citer ar, memang men hantam jer tapi game still best. 

Pada keesokan harinya, pasukan kami menentang pasukan 1BKB. Perlawanan ini menimbulkan pelbagai isu yang tidak sepatutnya timbul. Meh sini citer sikit, dalam game perkara biasa la kalau terbaling kuat ke atau tertolak tu, nak dijadikan citer Anis terbaling kuat bola pada junior nih lepas kena gerak kaki, pastu junior ni pulak mungkin sakit sangat kot, telah mengeluarkan kata kesat yang tidak sepatutnya. Dahla cakap macam tu, pastu boleh lagi tunjuk kat muka Anis sambil mengeluarkan kata tersebut, ermmm apa nak jadi la dengan junior sekarang, tak de rasa hormat langsung. Memang la dalam game tak de senior atau junior tapi rasa hormat tu sepatutnya tak boleh hilang walaupun dalam game. Kesian kat Anis masa tu, terus blur (rasa bersalah) pastu Shud terus tukar jadi centre. Perlawanan ini, dimenangi oleh 3BKC.

Dengan kemenangan keatas 1 BKB, 3BKC melangkah masuk ke final. 3 BKC bertemu kembali lawan pada peringkat kumpulan iaitu 2BKC. Dalam perlawanan ini, 2BKC bukan lagi 2BKC yang kami kalahkan sebelum ini, mereka semakin kuat. Apakah rahsia mereka? Adakah kami yang semakin lemah? Walaubagaimanapun, game ni memang best. Cuma referee sangat strict dengan garak kaki, kejap-kejap kena tiup whistle, muka sorang-sorang dah lain jer. Semasa perlawanan ini berlangsung, Daus telah tercedera dan perlawanan dihentikan buat seketika. Dalam perlawanan ini, 3BKC telah tewas ditangan 2BKC, namun kami tetap berpuas hati dengan perlawanan tersebut. Walaupun 3BKC tewas, namun BKC tetap juara.

Semasa menyertai akticiti yang CHEST anjurkan ini, kami telah belajar beberapa perkara iaitu:

  • Sabar-kami telah menunggu dengan sabar untuk perlawanan berlangsung tidak kira pada sesi pagi ataupun petang. Kami sentiasa sabar menunggu ketibaan urusetia dan perlawanan dimulakan. 
  • Bersedia-untuk menganjurkan sesuatu aktiviti, kita perlu sentiasa bersedia dan bertanggingjawab dengan tugas yang telah diamanahkan.
  • Keselamatan-setiap kejohanan yang melibatkan fizikal perlulah disediakan first aider kerana itu adalah tanggungjawab penganjur. Kita tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak profesional. Untuk pengetahuan asas; ais sentiasa disediakan dalam perlawanan kerana jika cedera, kita akan menggunakan ais untuk mengurangkan kecederaan.
  • Lokasi. Lokasi score board sangat la penting, kalau letak dekat hujung gelanggang dimana tiada siapa pun berada disitu, tidak ada gunanya score board tersebut. Air yang disediakan untuk pemain juga diletak ditempat yang jauh dan tidak masuk diakal. 

Walaupun banyak perkara yang berlaku sepanjang perlawanan ini, kami tetap bergembira. Terima kasih kepada pihak penganjur. 





p/s: Sebenarnya ada banyak lagi gambar, yang ni baru hari pertama. Internet connection tak bape bagus, so untuk gambar yang lebih menarik, nantikan post seterusnya.

 

5 comments:

  1. haha.. aku nk jd yg 1st comment... yey!!

    ReplyDelete
  2. nak ckp ceh kat hanis gak..

    heheh..

    eh..ak ade name br tuk bdk yg maki hanis 2..hehehe..(smbil gelak jhat)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. haha... biarla.. jeles la tuh...

    weh, ko dpt nm pe syud? ade2 je la ko neh..

    ReplyDelete